PIAGAM PELANGGAN
Kami bersedia memberi perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan kami sebagaimana berikut :-
• Mengadakan perhubungan dan perwatakan yang baik dengan ibubapa murid dan PIBG.
• Melahirkan murid yang menguasai 3M, berilmu dan berakhlak mulia.
• Mengadakan program pemulihan kepada murid-murid yang lemah dalam pelajaran.
• Memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada murid yang bermasalah.
• Berusaha memberi pendidikan berkualiti kepada semua murid dengan saksama.
• Bertanggungjawab menjaga keselamatan, kesihatan dan kebersihan murid.
• Mengadakan aktiviti kokurikulum melalui bersukan, unit beruniform, kelab dan persatuan.
• Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan dan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang secukupnya